Monday, September 19, 2011

Test PTD

Salam!
Sekarang ni saya tengah duduk-duduk atas kerusi (sebab takde kerja nak buat kan) hehe...tetiba teringat plak lama tak update blog terchenta nih...:)

So, seperti dijanjikan update seterusnya adalah mengenai saya pergi ke test Pegawai Tadbir dan Diplomatik di SMK Labuan...
yes, i tell u...semangat kot nak amek pekse (setelah lama meninggalkan buku dan pen) weeee~

ok...u know what?!
bukan senang ok
kene banyak study ok
tapi masalahnya....
tak tahu nak baca ape ok..(hihihi..teruk kan?)

Maka, natijahnya...menjawab secara hentam-hentamanlah kan..kui kui
So, pergi SMK Labuan tu drive sendiri la..
since my hubby kerja...but, yang bestnya..
saya pergi test dengan baby dalam perut ;)
U know what, masa tengah tak tahu jawapan tuh kan..macam borak-borak plak dengan baby dalam perut (ala-ala bincang jawapan gitu)

saya: baby, mama tak tahu NKRE tuh apela
baby: kalau mama tak tahu, baby lagiiiii la tak tahu
saya: (*betul jugak) erk..

ok, ini tipu! ;)
haha..anyway, result keluar 23 sept ni...wish me luck!

Ciau!

Sunday, September 4, 2011

Labuan, The Other Island

Salam.....:)
Mood harini : SANGAT BAIK!

sebabnya?

Nak balik semenanjung besok..yeay!

Alam perkahwinan untuk seminggu yang pertama memang tak dapat nak diceritakan bagaimana kebahagiaannya itu (cewah!) Tapi, alhamdulillah...setelah apa yang telah saya harungi selama 23 tahun ni, berubah dengan cara yang baik...syukur kepada Allah s.w.t

Ok...memandang my hubby sememangnya bekerja di Labuan, maka saya pun berpindahke sana..
memang 1st time berjauhan dari family
1st time keluar dari Selangor
1st time hidup dengan seseorang yang baru

first time sampai sini memang serius CULTURE SHOCK,dengan...
bahasa
budaya
makanan
suasana

time nih memang asik teringat je kat mak abah dan adik-adik, boleh kata hari-hari tak pernah miss call rumah...huhu..macam ni rupanya bila berpindah ke tempat baru..

Tapi, sekarang...boleh adapt dah kot..cuma merindui semenanjung teramat sangat..

Anyway, sekarang dah ada ramai kawan di Labuan..saya dan Caca join banyak aktiviti kat sini:

MACMA
PERKIM
GNC
Jogging and swimming
Muay Thai

Even raya baru-baru ni kami buat open house, ramai betol tetamu yang datang...Thanx banyak-banyak..sangat terharu!! :)

Pewit2..hehe

Caca is writing: G-E-M-U-K
mengada kan? :p

Ok..till then, ciao!


p/s: Shopping sakan chocolate nak bawak balik rumah..hehe

Saturday, September 3, 2011

Recap solemnization and reception events

Salam

Alhamdulillah, termeterailah pernikahan dan walimatulurus
Caca(Muhammad Fahmi B. Zulkifli)
dan
Cici (Nurshazwani Binti Ahmad Nazri)
pada 27 mei, 28 mei, dan 4 jun 2011 :)

Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan keberkatan tetamu yang hadir, thanx banyak-banyak pada kengkawan dan famili yang banyak bersusah payah sehingga malam buta sempena wedding kami ni, especially:

kak ilalala (pengapit tersayang)
anem
fararara
mekna
aini
sarah makcikk
prem

without korang, seriously memang tak 'boom' lah majlis kami......thanx thanx thanx!!
ok...so ni just a little gift untuk para readers my blog nih, gambar yang saya sunting dari facebook sendiri...saksikanlah ^o^

majlis akad nikah..with my abah

sah...sah...hehe ;p

pelamin idaman

pengantin idaman

kek idaman..haha..thanx prem!

our family :)

"mak, abah, along takkan lupa jasa mak abah besarkan along..keizinan untuk along membina masjid ni merupakan pengorbanan terbesar mak dan abah...along takkan hampakan mak abah..sayang mak abah...rindu sangat dah ni..."


p/s: bersambung.......



Cuba meng'update'

Salam semua :)

Weheeee~ Lama gilakk kan saya tak mengupdate blog ini..haish!
bersarang dah (adess...)
tapi what-to-do? sejak bernikah mei lalu terlalu pantas masa berlalu, dan tanpa sedar dah hampir 4 bulan saya tak menaip di entry terchenta ini..huk huk

but now...mood blogging: ACTIVATED BACK!!!

so for the moment, jom sama-sama buat checklist tentang apa yang tertinggal last 4 months:

1) cerita akad nikah dan kenduri kahwin encik caca dan cik cici..
(sekarang dah jadi puan cici dah) hee ;p
2) perpindahan ke Labuan
3) pengalaman pergi test PTD
4) kisah interview kerja dan proses dapat kerja
5) paling best....Caca and Cici Jr. :)

ok...tunggu! will be updated sooooooonnnn

cincau..bye, bye all! ^o^

Thursday, May 19, 2011

Erti kawan

Salam :)
Hari ni saya heppy sebab
lagi 5 hari caca saya nak balik
yey! yey! yey!

ok...apekah erti kawan?
jom kita tafsirkan:

kawan ialah..
orang yang selalu teman kita
orang yang selalu bagi kita ketawa
orang yang selalu ikut kita pegi makan
orang yang selalu gosip dengan kita
orang yang selalu backing kita
orang yang tahu hal peribadi kita
orang yang selalu cerita masalah dengan kita
orang yang selalu belajar dengan kita

tapi, siapa pula...
orang yang selalu teman kita, tapi hatinya tak ikhlas
orang yang selalu bagi kita ketawa, tapi hakikatnya selalu mahu kita menangis
orang yang selalu ikut kita pegi makan, tapi kerana mahu dibelanja
orang yang selalu gosip dengan kita, tapi bocor rahsia kat orang lain
orang yang selalu backing kita, tapi time kita tengah senang je
orang yang tahu hal peribadi kita, dan sebarkan pada orang lain
orang yang selalu cerita masalah dengan kita, tapi sebenarnya mahu menguji kita
orang yang selalu belajar dengan kita, tetapi mengaku ilmu tu dari diri sendiri

well, camne anda tafsirkan?

saya?
...................................
....................................................................
......................................................................................

dia tetap KAWAN saya

;)

chill! tata u all............

p/s: miss caca 100000000x